Thursday, September 10, 2009

AKIBAT GERAM.......



MAZIDUL berbincang dengan Khairul Fazlin di luar Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


PETALING JAYA - "Kalau dia orang datang, I ceraikan you".
Demikian lafaz yang diungkapkan wartawan penyiaran TV3 yang juga pengacara rancangan 360, Mazidul Akmal Sidek terhadap isterinya, Khairul Fazlin Kamarudin, pukul 11.30 malam, 13 Oktober lalu di rumah mereka di Damansara.

Lafaz itu diakui oleh Mazidul, 41, ketika dia hadir bagi memberi keterangan ringkas dalam perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan isterinya, Khairul Fazlin, 38, di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Bagaimanapun personaliti yang tenang itu memberitahu di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad bahawa lafaz itu dibuatnya dalam keadaan dia marah.

Mazidul memberitahu mahkamah, 'dia orang' yang dimaksudkan dalam lafaz tersebut merujuk kepada ibu dan bapa mentuanya.

Bagaimanapun, katanya, mereka yang datang ke rumahnya pada malam kejadian ialah ibu dan dua orang adik iparnya.

Tambahnya lagi, sehingga kini, ibu dan bapa mentuanya itu belum lagi datang ke rumahnya selepas insiden tersebut.

Terdahulu, Ghazali bertanya kepada Khairul Fazlin sama ada berlaku pergaduhan yang menyebabkan lafaz tersebut diungkapkan.

Khairul Fazlin menjawab: "Ada berlaku sedikit pertengkaran dan kemudian saya menelefon ibu saya supaya datang."

Tindakan itu katanya, menyebabkan Mazidul melafazkan "Kalau dia orang datang, I ceraikan you" kerana dia mahu menyelesaikan masalah itu bersama isterinya tanpa melibatkan ibu bapa mentuanya.

SALAH SATU CONTOH YANG BOLEH KITA AMBIL SEBAGAI IKTIBAR DI DALAM DIRI KITA. EMOSI YANG MENGHANTUI DIRI KITA INI BUKAN SAHAJA TIDAK ELOK, MALAH IA JUGA MAMPU MERUNTUHKAN RUMAH TANGGA SESEBUAH KELUARGA.CUBA ANDA BAYANGKAN AKIBAT DARIPADA PERKARA INI,YANG MENJADI MANGSA ADALAH ANAK-ANAK MEREKA.

GERAM YANG SIHAT







PERNAH MENGIDAMKAN SEBUAH KERETA MEWAH TETAPI GERAM KERANA TIDAK DAPAT MEMILIKINYA??
KEPADA SEMUA,TERUTAMA SEKALI LELAKI DILUAR SANA YANG GERAM KERANA TIDAK MENDAPAT KERETA IDAMAN MEREKA JANGAN MEMENDAMKAN EMOSI ANDA KERANA ANDA MUNGKIN MENYEBABKAN TEKANAN. BELAJAR UNTUK MENTENTERAMKAN DIRI ANDA JIKA ANDA TIDAK MAMPU UNTUK MEMILIKINYA.

GERAM YANG BAHAGIA









PERNAH ANDA MELIHAT BAYI COMEL DAN ANDA GERAM MELIHAT BAYI TERSEBUT SEHINGGA MAHU MENCUBIT PIPINYA??
SUDAH PASTI SEMUA ORANG PERNAH MENGALAMINYA KERANA INI MERUPAKAN SUATU YANG INDAH. GERAM DARI SUDUT INI MERUPAKAN GERAM YANG INDAH. SEGALA TEKANAN YANG DI ALAMI JUGA MUNGKIN DAPAT DILUPAKAN JIKA ANDA MENGALAMI EMOSI INI

GERAM YANG POSITIF









PERNAH SUATU KETIKA ANDA KE PUSAT MEMBELI-BELAH DAN ANDA MELIHAT BEG TANGAN YANG SELAMA INI MENJADI IDAMAN ANDA DAN ANDA GERAM KERANA ANDA TIDAK MAMPU
UNTUK MEMILIKINYA???


INI MERUPAKAN GERAM DARIPADA SUDUT NEGATIF DAN IANYA BEBAS DARIPADA SEBARANG TEKANAN. KEPADA SESIAPA YANG MEGNALAMI EMOSI POSITIF INI, ANDA TIDAK AKAN TERGOLONG DALAM EMOSI YANG TERTEKAN.

CARA-CARA MENGATASI EMOSI GERAM

setiap orang pasti pernah mengalami emosi geram. emosi ini bukan sahaja emosi negatif yang tidak elok malah ia juga boleh memudaratkan.jika emosi geram di dalam diri seseorang itu berterusan, ia akan menjadi marah dan seterusnya memberikan tekanan kepada diri. oleh itu, bagi mengelakkan wujudnya emosi geram itu dengan cara-cara yang berikut.
1) Banyakkan beristigfar dan mengucap dua kali syahadah

2) sentiasa berdoa daripada Allah supaya di jauhkan emosi geram itu'

3) jangan berfikir tentnang perkara yang membuatkan anda geram

4) belajar untuk memaafkan orang lain

5) sentiasa mencari teman untuk menceritakan masalah anda

6) ambil wuduk

7) duduk di tempat yang sunyi

8) rehatkan minda

Rasulullah SAW telah berpesan agar kita memalingkan muka kita ketika kita marah(atau geram).Rasulullah SAW memintak kita duduk ketika marah.

KOMUNIKASI DENGAN ALLAH MAMPU MENTENTERAMKAN JIWA DARIPADA PERASAAN GERAM DI SAMPING DAPAT MENGELAKKAN DIRI DARI SAKIT MIGRAIN ATAUPUN SAKIT JANTUNG.

Tuesday, September 8, 2009

IMPLIKASI TERHADAP ANAK-ANAK PELAJAR DAN JUGA KEPADA KEHIDUPAN

KESAN KEPADA ANAK-ANAK
apabila emosi geram menghantui diri mereka, anak-anak menjadi mangsa terutama jiwa dan perasaan mereka. Mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari ibu bapa mereka. Di antara kesan-kesan terhadap anak-anak ialah:-

Sebahagian daripada perkara-perkara yang akan dihadapi oleh anak-anak ini adalah:

* Kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapa
* Kadangkala terpaksa berpisah dari adik-beradiknya
* Rasa bersalah, malu, tidak selamat, hilang rasa keyakinan diri
* Mengalami tekanan jiwa dan perasaan
* Perasaan terganggu dan bingung
* Hilang tumpuan pada pelajaran
* Akan menunjukkan tabiat dan sikap yang negatif





KESAN-KESAN TERHADAP KEHIDUPAN


* jiwa tidak tenteram dan akan sentiasa mempunyai masalah

* mendapat beberapa penyakit seperti sakit migrain atau sakit jantung

* masyarakat akan memandang rendah dan tidak suka terhadap diri individu yang mengikut hawa nafsu

* Allah juga akan memberi balasan seperti memperoleh kesusahan kerana tidak mampu melawan geram yang lebih kepada sifat marah





KESAN-KESAN TERHADAP PELAJAR


* Jiwa tidak tenteram dan akan sentiasa mempunyai masalah dalam pembelajaran

* mendapat masalah dengan guru-guru dan rakan-rakan. jika guru, maka ilmu tidak akan diberkati dan boleh menyebabkan kegagalan

* para guru dan pelajar tidak suka kepada individu yang mengikut hawa nafsu mereka

KESAN EMOSI

Setiap individu yang mempunyai masalah dalam emosi pasti akan merasakan tekanan-tekanan perasaan berikut :

* Jiwa terganggu
* Marah
* Sedih
* Tidak bermaya
* Rasa bersalah
* Terpencil
* Rendah diri
* Runsing
* Putus asa/kecewa
* GERAM


Beban perasaan ini pasti akan menimpa INDIVIDU YANG MENGHADAPI MASALAH. Tekanan perasaan ini bukan hanya menganggu emosi dan jiwa individu tersebut, tetapi ia juga akan mewujudkan implikasi dan kesan yang negatif terhadap keluarga dan mereka yang terdekat.

Monday, September 7, 2009

TANDA-TANDA GERAM

menengking atau memukul
Meninggikan suara
menghentak meja
mendorong kepada tindakan fizikal yang luar kawalan

geram akan menjadi positif apabila.....

Untuk mempertahankan diri, jangan sampai mendiamkan diri atau terlalu pengecut walaupun diri atau umat Islam seluruhnya diancam dan dimusuhi,
Demikian juga jika hukum-hukum agama dipersenda dan dicabuli.

SEBAB-SEBAB DAN PUNCA GERAM

antara sebab-sebab dan punca geram ialah hati gagal berfungsi dengan baik. mereka yang sering mengalami perkara-perkara yang tidak diingini akan melahirkan antaranya emosi geram.Perubahan hormon juga memainkan sebab utama dalam emosi geram kerana mereka yang tidak stabil akan mengeluarkan rasa marah sekaligus, membentuk emosi geram yang akan memburukkan lagi keadaan diri individu.
bagi mereka yang tidak mampu menghadapi tindak balas sosial dengan perubahan yang berlaku,mereka akan merasa amat geram kerana apa yang mereka inginkan tidak dapat dicapai.

emosi diri

+Imam Ghazali memberikan contoh tentang sifat marah dan mengikut kemahuan hawa nafsu yang menjadi satu daripada punca besar keburukan akhlak seseorang

+Terdapat pelbagai jenis emosi yang ada di dalam diri setiap diri manusia.

+Geram juga merupakan suatu emosi dalam diri kita.

+Perasaan geram biasanya membawa kepada kemarahan.

+Kita akan berasa geram apabila sesuatu berlaku tanpa kemahuan kita.

Thursday, August 20, 2009



Geram
ataupun menurut Kamus Dewan membawa maksud marah, panas hati, sakit hati. Maksud yang kedua pula ialah suka @ cinta

Bukan nak mengajar tentang maksud perkataan, tapi cuma nak menterjemahkan perasaan hati. Perasaan hati tu kali ni berkaitan dengan maksud yang mula-mula tu.

Wednesday, August 12, 2009

pandangan anda...


Ribuan mengiringi jenazah Marwah Al-Sharbini ke tempat pengkebumian di kota Alexandria, Mesir. Ribuan orang itu berjalan mengiringi peti jenazah Marwa yang mendapat sebutan "martir jilbab". Kematian Marwa mencetus kemarahan di kalangan masyarakat Muslim di Jerman dan Mesir-negara asal Marwa-tetapi dan juga Muslim di berbagai negara. "Tidak ada Tuhan selain Allah dan orang-orang Jerman adalah musuh Allah," kata seorang warga Mesir yang turu mengiringi jenazah Marwa ke pemakaman. "Kami akan membalas kematiannya. Barat, mereka tidak mau mengakui kita. Di sana ada rasisme," ujar Tarek Al-Sharbini, saudara lelaki Marwa.Selain Marwa, suaminya juga menjadi korban dan sekarang masih kritikal di sebuah hospital Dresden, Jerman. Suami Marwa secara tak sengaja terkena tembakan ketika cb menyelamatkan isterinya diserang dengan senjata tajam oleh pemuda Jerman keturunan Rusia. Peristiwa itu terjadi di mahkamah di kota Dresden, tika Marwa akan memberikan kesaksian atas kesnya. Marwa menuntut pemuda yang juga jirannya itu ke pengadilan krn mengelar beliau PENGGANAS hanya krn memakai JILBAB. Marwa berada di Jerman mengikuti suaminya yang sedang melakukan tesis dengan biaya kerajaan mesir. Pemuda Jerman keturunan Rusia yang menyerang Marwa, bernama Alex W, 28, kini di penjara dan akan dikenakan tuduhan baru - pembunuhan. Christian Avenarius, peguam Dresden mengatakan, Alex menikam Marwa krna didorong rasa kebencian yang dalam terhadap Islam, krn sejak awal pengadilan, Alex yang berhijrah ke Jerman tahun 2003 sudah mengungkapkan pernyataan-pernyataan anti-Islam dan anti-Muslim. Dari wawancara di beberapa media Mesir, keluarga Al-Sharbini di Mesir mengatakan bahwa Alex sudah sering menghina dan melecehkan Marwa, bahkan pernah mencuba membuka jilbab Marwa. Ibu Marwa, Laila Shams memberitahu, Marwa juga sukar mendapat kerja di Jerman krn ia memakai jilbab. "pernah sekali, Marwa disuruh membuang jilbab jika ingin mendapatkan kerja, tapi Marwa menolaknya," kata sang ibu. Kes Marwa ini,Jurucakap pemerintah Jerman Thomas Steg mengatakan bahwa insiden ini berlatar belakang rasial dan pemerintah mengutuk keras pelakunya. Pemerintah Jerman baru bersuara atas kes ini, setelah komuniti Muslim di negara itu mengecam pemerintah dan para ahli politik di Jernam yang diam saja atas kes tersebut. Menyindir sikap pemerintah dan para politik di Jerman, harian bebas di Mesir, El-Shorouk menulis, kalau korbannya Yahudi, barulah dunia gempar. Seorang bloger Mesir bernama Hicham Maged dalam blognya menulis,"Mari kita bayangkan, jika kes ini dibalik, korban adalah orang Barat yang ditusuk di dunia atau di salah satu negara Timur Tengah oleh seorang Muslim ekstrim." Atas insiden yang menimpa Marwa, Persatuan Farmasi Mesir sudah melancarkan boikot terhadap barang ubatan dari Jerman. Pemerintah Mesir belum mengeluarkan kenyataan atas peristiwa yang menimpa warga negaranya. Belum jelas apakah pemerintahan Husni Mubarak akan menuntut pemerintah Jerman bertanggung jawab. Kejam sungguh kafir laknatullah ini, Ya Allah kau hancurkanlah mereka yang terlalu zalim dengan agamaMu ini. Saudaraku, andai ukhti marwa pergi kerana mempertahankan syariatnya, apakah masih ada alasan kepada kita untuk meringankan tuntutan Allah ini? Hidup Mulia Mati Syahid, Moga Jannah adalah tempatnya, dan moga Allah selamatkan suami Ukhti Marwa! Saya MARAH dan GERAM yang teramat! Ya Allah.........




pada pandangan saya,insiden ini telah menjatuhkan maruah kita sebagai umat islam yang hiduo di muka bumi Allah ini.Manusia dikurniakan akal oleh Allah swt yang merupakan Pemilik Alam Semesta, tujuan utamanya ialah untuk memudahkan manusia merencanakan kehidupannya agar lebih teratur serta sentiasa mengingati Maha Pencipta.Selain dari itu, untuk melengkapka manusia sebagai makhluk Allah swt tang terlengkap untuk dinobatkan sebagai Khalifah di muka bumi, Maha Suci Allah swt turut mengurniakan insan dengan kurniaan nafsu.Dengan adanya elemen-elemen nafsu dan akal di dalam diri manusia, maka lengkaplah ia bergelar manusia(kerana Malaikat hanya mempunyai akal & Iblis hanya memiliki nafsu,binatang pula hanya mempunyai nafsu),tujuan utama pengurniaan akal dan nafsu kepada manusia adalah sebagai mewujudkan keseimbangan(the balance of powers) di dalam diri dari sudut psikologi. Namun,walaupun manusia mempunyai akal untuk memikirkan dan menimbang di antara kebaikan atau keburukan sesuatu perkara,namun manusia masih cenderung memilih untuk terus melakukan perilaku musnah dan kejahatan,kenapa ini berlaku?

perasaan saya amat geram tika mendengar cerita bagaimana wanita ini dibunuh hanya kerana beliau memakai hijab. yang lebih memilukan ialah wanita ini mati kerana mengadung. sebagai seorang perempuan yang memakai hijab, kita patut mempertahan kan maruah islam daripada di caci dan dihina. melalaui kejadian ini, saya berharap supaya kita dapat berubah dan mempertahankan agama dan negara kita daripada menjadi mangsa kejam orang bukan islam.

Tuesday, August 11, 2009

emosi

Sebelum tu kita perlu tahu apakah itu emosi? Serba ringkasnya emosi adalah istilah yang digunakan untuk menunjukkan keadaan mental dan fisiologi yang berhubungan dengan bermacam perasaan, fikiran, dan perilaku. Emosi adalah pengalaman yang bersifat subjektif, atau dialami berdasarkan sudut pandang individu.

Setiap manusia semuanya mempunyai emosi. Kalau siapa yang tiada emosi tu, bukan manusia namanya :-) Emosi bukan hanya marah, benci, suka, duka tapi sebenarnya ada bermacam-macam emosi yang berada dalam dada manusia.

Renungkan betapa hebatnya Yang Maha Pencipta. Menciptakan pelbagai emosi dalam satu 'sarung' jasad ini. Emosi yang tak nampak tapi ianya memberi impak yang begitu hebat dalam kehidupan kita seharian.

antara emosi yang menarik perhatian ialah geram. anda mesti pernah mengalaminya bukan? kita sebagai hamba Allah perlulah berserah kepada-Nya kerana kita nie hanya ada usaha dan ikhtiar sahaja untuk menyampaikan perkara kebenaran, tetapi hidayah tue diserahkan kembali kepada allah.

janganlah melebihi batas2 kita sebagai seorang hamba allah. segala emosi itu hanyalah permainan syaitan.=)