Thursday, September 10, 2009
AKIBAT GERAM.......
MAZIDUL berbincang dengan Khairul Fazlin di luar Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya semalam.
--------------------------------------------------------------------------------
PETALING JAYA - "Kalau dia orang datang, I ceraikan you".
Demikian lafaz yang diungkapkan wartawan penyiaran TV3 yang juga pengacara rancangan 360, Mazidul Akmal Sidek terhadap isterinya, Khairul Fazlin Kamarudin, pukul 11.30 malam, 13 Oktober lalu di rumah mereka di Damansara.
Lafaz itu diakui oleh Mazidul, 41, ketika dia hadir bagi memberi keterangan ringkas dalam perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan isterinya, Khairul Fazlin, 38, di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.
Bagaimanapun personaliti yang tenang itu memberitahu di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad bahawa lafaz itu dibuatnya dalam keadaan dia marah.
Mazidul memberitahu mahkamah, 'dia orang' yang dimaksudkan dalam lafaz tersebut merujuk kepada ibu dan bapa mentuanya.
Bagaimanapun, katanya, mereka yang datang ke rumahnya pada malam kejadian ialah ibu dan dua orang adik iparnya.
Tambahnya lagi, sehingga kini, ibu dan bapa mentuanya itu belum lagi datang ke rumahnya selepas insiden tersebut.
Terdahulu, Ghazali bertanya kepada Khairul Fazlin sama ada berlaku pergaduhan yang menyebabkan lafaz tersebut diungkapkan.
Khairul Fazlin menjawab: "Ada berlaku sedikit pertengkaran dan kemudian saya menelefon ibu saya supaya datang."
Tindakan itu katanya, menyebabkan Mazidul melafazkan "Kalau dia orang datang, I ceraikan you" kerana dia mahu menyelesaikan masalah itu bersama isterinya tanpa melibatkan ibu bapa mentuanya.
SALAH SATU CONTOH YANG BOLEH KITA AMBIL SEBAGAI IKTIBAR DI DALAM DIRI KITA. EMOSI YANG MENGHANTUI DIRI KITA INI BUKAN SAHAJA TIDAK ELOK, MALAH IA JUGA MAMPU MERUNTUHKAN RUMAH TANGGA SESEBUAH KELUARGA.CUBA ANDA BAYANGKAN AKIBAT DARIPADA PERKARA INI,YANG MENJADI MANGSA ADALAH ANAK-ANAK MEREKA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment