Sebelum tu kita perlu tahu apakah itu emosi? Serba ringkasnya emosi adalah istilah yang digunakan untuk menunjukkan keadaan mental dan fisiologi yang berhubungan dengan bermacam perasaan, fikiran, dan perilaku. Emosi adalah pengalaman yang bersifat subjektif, atau dialami berdasarkan sudut pandang individu.
Setiap manusia semuanya mempunyai emosi. Kalau siapa yang tiada emosi tu, bukan manusia namanya :-) Emosi bukan hanya marah, benci, suka, duka tapi sebenarnya ada bermacam-macam emosi yang berada dalam dada manusia.
Renungkan betapa hebatnya Yang Maha Pencipta. Menciptakan pelbagai emosi dalam satu 'sarung' jasad ini. Emosi yang tak nampak tapi ianya memberi impak yang begitu hebat dalam kehidupan kita seharian.
antara emosi yang menarik perhatian ialah geram. anda mesti pernah mengalaminya bukan? kita sebagai hamba Allah perlulah berserah kepada-Nya kerana kita nie hanya ada usaha dan ikhtiar sahaja untuk menyampaikan perkara kebenaran, tetapi hidayah tue diserahkan kembali kepada allah.
janganlah melebihi batas2 kita sebagai seorang hamba allah. segala emosi itu hanyalah permainan syaitan.=)
Tuesday, August 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment