Thursday, September 10, 2009

AKIBAT GERAM.......



MAZIDUL berbincang dengan Khairul Fazlin di luar Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya semalam.

--------------------------------------------------------------------------------


PETALING JAYA - "Kalau dia orang datang, I ceraikan you".
Demikian lafaz yang diungkapkan wartawan penyiaran TV3 yang juga pengacara rancangan 360, Mazidul Akmal Sidek terhadap isterinya, Khairul Fazlin Kamarudin, pukul 11.30 malam, 13 Oktober lalu di rumah mereka di Damansara.

Lafaz itu diakui oleh Mazidul, 41, ketika dia hadir bagi memberi keterangan ringkas dalam perbicaraan permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan isterinya, Khairul Fazlin, 38, di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Bagaimanapun personaliti yang tenang itu memberitahu di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad bahawa lafaz itu dibuatnya dalam keadaan dia marah.

Mazidul memberitahu mahkamah, 'dia orang' yang dimaksudkan dalam lafaz tersebut merujuk kepada ibu dan bapa mentuanya.

Bagaimanapun, katanya, mereka yang datang ke rumahnya pada malam kejadian ialah ibu dan dua orang adik iparnya.

Tambahnya lagi, sehingga kini, ibu dan bapa mentuanya itu belum lagi datang ke rumahnya selepas insiden tersebut.

Terdahulu, Ghazali bertanya kepada Khairul Fazlin sama ada berlaku pergaduhan yang menyebabkan lafaz tersebut diungkapkan.

Khairul Fazlin menjawab: "Ada berlaku sedikit pertengkaran dan kemudian saya menelefon ibu saya supaya datang."

Tindakan itu katanya, menyebabkan Mazidul melafazkan "Kalau dia orang datang, I ceraikan you" kerana dia mahu menyelesaikan masalah itu bersama isterinya tanpa melibatkan ibu bapa mentuanya.

SALAH SATU CONTOH YANG BOLEH KITA AMBIL SEBAGAI IKTIBAR DI DALAM DIRI KITA. EMOSI YANG MENGHANTUI DIRI KITA INI BUKAN SAHAJA TIDAK ELOK, MALAH IA JUGA MAMPU MERUNTUHKAN RUMAH TANGGA SESEBUAH KELUARGA.CUBA ANDA BAYANGKAN AKIBAT DARIPADA PERKARA INI,YANG MENJADI MANGSA ADALAH ANAK-ANAK MEREKA.

GERAM YANG SIHAT







PERNAH MENGIDAMKAN SEBUAH KERETA MEWAH TETAPI GERAM KERANA TIDAK DAPAT MEMILIKINYA??
KEPADA SEMUA,TERUTAMA SEKALI LELAKI DILUAR SANA YANG GERAM KERANA TIDAK MENDAPAT KERETA IDAMAN MEREKA JANGAN MEMENDAMKAN EMOSI ANDA KERANA ANDA MUNGKIN MENYEBABKAN TEKANAN. BELAJAR UNTUK MENTENTERAMKAN DIRI ANDA JIKA ANDA TIDAK MAMPU UNTUK MEMILIKINYA.

GERAM YANG BAHAGIA









PERNAH ANDA MELIHAT BAYI COMEL DAN ANDA GERAM MELIHAT BAYI TERSEBUT SEHINGGA MAHU MENCUBIT PIPINYA??
SUDAH PASTI SEMUA ORANG PERNAH MENGALAMINYA KERANA INI MERUPAKAN SUATU YANG INDAH. GERAM DARI SUDUT INI MERUPAKAN GERAM YANG INDAH. SEGALA TEKANAN YANG DI ALAMI JUGA MUNGKIN DAPAT DILUPAKAN JIKA ANDA MENGALAMI EMOSI INI

GERAM YANG POSITIF









PERNAH SUATU KETIKA ANDA KE PUSAT MEMBELI-BELAH DAN ANDA MELIHAT BEG TANGAN YANG SELAMA INI MENJADI IDAMAN ANDA DAN ANDA GERAM KERANA ANDA TIDAK MAMPU
UNTUK MEMILIKINYA???


INI MERUPAKAN GERAM DARIPADA SUDUT NEGATIF DAN IANYA BEBAS DARIPADA SEBARANG TEKANAN. KEPADA SESIAPA YANG MEGNALAMI EMOSI POSITIF INI, ANDA TIDAK AKAN TERGOLONG DALAM EMOSI YANG TERTEKAN.

CARA-CARA MENGATASI EMOSI GERAM

setiap orang pasti pernah mengalami emosi geram. emosi ini bukan sahaja emosi negatif yang tidak elok malah ia juga boleh memudaratkan.jika emosi geram di dalam diri seseorang itu berterusan, ia akan menjadi marah dan seterusnya memberikan tekanan kepada diri. oleh itu, bagi mengelakkan wujudnya emosi geram itu dengan cara-cara yang berikut.
1) Banyakkan beristigfar dan mengucap dua kali syahadah

2) sentiasa berdoa daripada Allah supaya di jauhkan emosi geram itu'

3) jangan berfikir tentnang perkara yang membuatkan anda geram

4) belajar untuk memaafkan orang lain

5) sentiasa mencari teman untuk menceritakan masalah anda

6) ambil wuduk

7) duduk di tempat yang sunyi

8) rehatkan minda

Rasulullah SAW telah berpesan agar kita memalingkan muka kita ketika kita marah(atau geram).Rasulullah SAW memintak kita duduk ketika marah.

KOMUNIKASI DENGAN ALLAH MAMPU MENTENTERAMKAN JIWA DARIPADA PERASAAN GERAM DI SAMPING DAPAT MENGELAKKAN DIRI DARI SAKIT MIGRAIN ATAUPUN SAKIT JANTUNG.

Tuesday, September 8, 2009

IMPLIKASI TERHADAP ANAK-ANAK PELAJAR DAN JUGA KEPADA KEHIDUPAN

KESAN KEPADA ANAK-ANAK
apabila emosi geram menghantui diri mereka, anak-anak menjadi mangsa terutama jiwa dan perasaan mereka. Mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari ibu bapa mereka. Di antara kesan-kesan terhadap anak-anak ialah:-

Sebahagian daripada perkara-perkara yang akan dihadapi oleh anak-anak ini adalah:

* Kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapa
* Kadangkala terpaksa berpisah dari adik-beradiknya
* Rasa bersalah, malu, tidak selamat, hilang rasa keyakinan diri
* Mengalami tekanan jiwa dan perasaan
* Perasaan terganggu dan bingung
* Hilang tumpuan pada pelajaran
* Akan menunjukkan tabiat dan sikap yang negatif





KESAN-KESAN TERHADAP KEHIDUPAN


* jiwa tidak tenteram dan akan sentiasa mempunyai masalah

* mendapat beberapa penyakit seperti sakit migrain atau sakit jantung

* masyarakat akan memandang rendah dan tidak suka terhadap diri individu yang mengikut hawa nafsu

* Allah juga akan memberi balasan seperti memperoleh kesusahan kerana tidak mampu melawan geram yang lebih kepada sifat marah





KESAN-KESAN TERHADAP PELAJAR


* Jiwa tidak tenteram dan akan sentiasa mempunyai masalah dalam pembelajaran

* mendapat masalah dengan guru-guru dan rakan-rakan. jika guru, maka ilmu tidak akan diberkati dan boleh menyebabkan kegagalan

* para guru dan pelajar tidak suka kepada individu yang mengikut hawa nafsu mereka

KESAN EMOSI

Setiap individu yang mempunyai masalah dalam emosi pasti akan merasakan tekanan-tekanan perasaan berikut :

* Jiwa terganggu
* Marah
* Sedih
* Tidak bermaya
* Rasa bersalah
* Terpencil
* Rendah diri
* Runsing
* Putus asa/kecewa
* GERAM


Beban perasaan ini pasti akan menimpa INDIVIDU YANG MENGHADAPI MASALAH. Tekanan perasaan ini bukan hanya menganggu emosi dan jiwa individu tersebut, tetapi ia juga akan mewujudkan implikasi dan kesan yang negatif terhadap keluarga dan mereka yang terdekat.